“MAINJ BANTU, ASNAF SEJAHTERA”

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kami akan tanggung kos ubatan khas RM44,469.00 untuk adik ini, doakan beliau ya, usia 24 tahun, ujian Allah mengidap saraf sejak tahun 2017.

Asbab dari penyakit ini pergerakan beliau agak terhad, berjalan perlu menggunakan tongkat, suka tengok adik gembira, senyum bila kami datang ziarah. Moga adik terus kuat ya, segera sembuh dan Allah beri kekuatan.

Hadir menyerahkan sumbangan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu.

Hadir sama Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Zakuan Ghazali, Penolong Pengarah Korporat MAINJ, Encik Mohd Sopian Abd Latip dan Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf MAINJ, Ustaz Sheikh Hafie Awab.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT