Bantuan kepada mangsa kebakaran

posted in: Bantuan | 0

Ujian buat 4 keluarga ini, mereka adik beradik, semua duduk berdekatan, hilang tempat berteduh, rumah yang didiami musnah akibat kebakaran. Katanya “kebakaran berlaku pada awal pagi berpunca dari lilin yang lupa dipadamkan”.

Tidak banyak kata-kata yang boleh di ungkapkan oleh ahli keluarga ini, tambahan pula kejadian berlaku ketika bulan ramadan.

Sebelum balik kami sampaikan wang tunai dan keperluan asas kepada mereka, Moga Allah gantikan yang lebih baik buat semua.Terima kasih juga kepada JKM, Yayasan Bandaraya Johor Bahru dan NGO yang turut bersama dalam membantu meringankan beban keluarga ini.

Hadir menyerahkan sumbangan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Johor Bahru, Ustaz Firdaus Abdul Hamid, hadir sama Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ Ustaz Zakuan Ghazali.