100 orang penerima kami raikan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Baju, kasut, songkok, tudung dan lain-lain kelengkapan raya untuk penerima di daerah Mersing, semua mereka pilih sendiri, alhamdulillah, belanja sambil sokong kedai-kedai Muslim di Bandar Mersing.

100 orang penerima kami raikan, buka puasa, solat maghrib sama-sama dan sampaikan juga keperluan asas makanan, erat silaturrahim.

Moga semua gembira raikan Syawal pada tahun ini ya.Hadir menyempurnakan majlis Amin Baitulmal MAINJ Daerah Mersing, Ustaz Shafiq Said.