MAJLIS PEMBAYARAN ZAKAT DAN KURNIAAN BANTUAN ZAKAT

posted in: Asnaf, Bantuan, Zakat | 0

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Pembayaran Zakat Dan Kurniaan Bantuan Zakat Bagi Tahun 2022M/1443H di Fraser Place Hotel, Iskandar Puteri.

Bayaran zakat disempurnakan oleh:

1. Lembaga Tabung Haji RM9,395,409.99

2. Infra Desa (Johor) Sdn Bhd RM1,597,563.05

3. YPJ Holdings Sdn. Bhd. RM1,023,926.39

Kurniaan bantuan dan sumbangan zakat

1. Yayasan Sultan Ibrahim JohorRM500,000.00

2. Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor RM500,000.00

3. Southern Volunteers RM500,000.00

4. Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor RM500,000.00

5. Bantuan Hari Raya Asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf RM14,201,150.00

6. Tabung Pembangunan Masjid / Kubur dan Madrasah Tahfiz Negeri Johor RM13,944,000.00

7. Tujuan Kebajikan RM3,050,000.00

8. Tujuan Pendidikan RM3,380,000.00

9. Pusat Kesihatan/Perubatan RM2,000,000.00

10. Rumah Kebajikan/Kurang Upaya RM560,000.00

Jumlah keseluruhan bayaran zakat yang diterima adalah sebanyak RM12,016,899.43 manakala jumlah keseluruhan agihan adalah sebanyak RM39,135,150.00.

Turut mengiringi keberangkatan Baginda, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Dato’ Haji Azmi Rohani, Ahli Majlis, Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Abu.