100 penerima dari daerah Segamat

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Seronok tengok mereka pilih kopiah/songkok, warna baju, berbual sama-sama mereka adik beradik semasa pilih keperluan raya dan lain-lain, senyum gembira semua.

Segala puji bagi Allah, kami bawa 100 orang penerima dari daerah Segamat, dengan kerjasama sukarelawan UITM Segamat.

Selesai beli semua keperluan, kami terus ke Masjid Taman Yayasan, buka puasa sama-sama, alhamdulillah.

Terima kasih kepada pihak UITM Segamat, banyak membantu kami dari awal hingga selesai program, syukur dapat erat silaturrahim.

Hadir Sama Amin Baitulmal MAINJ Daerah Segamat, Ustaz Khairul Anwar Isnin.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF