85 penerima belanja keperluan pakaian raya daerah Kulai

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, hampir semua daerah di negeri Johor, kami bersama-sama penerima belanja keperluan pakaian raya semalam.

Di daerah Kulai kami bersama 85 orang penerima, belanja keperluan untuk semua di Lotus dan kedai pakaian Sahela Collection.Sahela Collection adalah antara pembayar zakat perniagaan di MAINJ, bukan itu sahaja, untuk program ini beliau beri harga promosi, 3 helai baju RM100.00 sahaja.

Sebelum balik kami beri duit raya kepada anak-anak dan bungkuskan KFC kepada semua keluarga untuk berbuka puasa, syukur dapat ringankan beban semua.

Hadir Sama meraikan ADUN Bukit Permai, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor dan Amin Baitulmal MAINJ Daerah Kulai, Ustazah Faiszah Daniel.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF