Program kolaborasi antara Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor dan MAINJ

posted in: Asnaf, Bantuan, Umum | 0

Kami ke PPR Melana Indah 2, dengan izin Allah laksana program kolaborasi antara Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor dan MAINJ.

Melalui program ini kami depositkan 10 buah rumah kepada penerima (asnaf) yang menerima tawaran di sini dan menyediakan 4 buah rumah transit bagi kes-kes kecemasan yang memerlukan penempatan sementara.

Alhamdulillah, moga dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat gembirakan penerima (asnaf) dan memberi mereka penempatan yang lebih sempurna.

Hadir menyempurnakan serahan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, YB Tuan Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor.

Turut merai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, YB Datin Paduka Suhailizan Suliman Dan Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ Encik Sulaiman Ismail.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF