Semoga dipermudahkan urusan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kisah sedih dari keluarga ini, kami terima aduan dari tempat anaknya belajar.

Ibu ini baru sahaja menjalani pembedahan diperut akibat sakit yang di alami dan tidak boleh membuat kerja-kerja berat, salah seorang anaknya juga berulang alik ke hospital Putrajaya disebabkan rawatan usus yang kritikal selain suaminya yang juga di uji dengan sakit strok.

Ibu kepada 3 anak ini seorang yang tabah, Allah berikan rezeki anaknya 2 orang belajar di MRSM, dan seorang anak menemaninya dirumah, ibu ini cerita anaknya pernah dibawa oleh Petronas ke pertandingan robotic peringkat antarabangsa pada usia 8 tahun, syukur semua pandai-pandai belajar.

Sebelum balik kami beri wang tunai, dan sama-sama berdoa, moga Allah beri kesihatan kepada ibu ini dan ahli keluarganya.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF