Bantuan keperluan perubatan

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kami beli dan hantarkan katil boleh laras untuk keperluan Encik Salahuddin di Taman Putri Kulai.

Beliau diuji dengan sakit kencing manis kronik, dengan izin Allah katil ini akan memudahkan urusan harian beliau selain dijadikan tempat rehat yang lebih selesa.

InsyaAllah kami juga akan pertimbang bantuan tunai bulanan bagi tujuan perubatan, syukur semua menggunakan wang zakat. Hadir ziarah Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Kulai, Ustaz Saiful Anuar M. Moideen.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF