Ziarah mangsa ribut di Dewan Serbaguna Johor Jaya

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Kami ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Johor Jaya, Johor Bahru. Ujian buat beberapa saudara kita, kejadian ribut petir yang berlaku semalam mengakibatkan kerosakan beberapa kediaman. InsyaAllah, kami akan bekerjasama dengan Ketua Masyarakat setempat dan agensi-agensi pemberi bantuan untuk keperluan semua.

Sehingga malam tadi di maklumkan 18 keluarga melibatkan 72 penghuni yang ditempatkan disini (PPS). Moga Allah permudahkan semua.

Hadir ke lokasi Amin Baitulmal MAINJ Daerah Johor Bahru, Ustaz Firdaus Abdul Hamid.