Ujian buat pakcik

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

“Doakan saya cepat sembuh, nak teruskan khidmat kat masjid, rindu dah nak ke masjid”

Ujian buat pakcik, kaki terkena paku semasa kemas rumah akibat banjir hingga menyebabkan pergerakanya terbatas buat masa ini. Isteri pakcik telah meninggal dunia & kini pakcik tinggal bersama anaknya, alhamdulilah anak banyak membantu untuk mengurus keperluan harian.

Kami bawakan keperluan ubat-ubatan, tongkat, keperluan asas makanan & juga makanan segera (KFC) untuk cucu pakcik, sebelum balik kami juga beri wang tunai, alhamdulilah sedikit sebanyak ringankan beban pakcik, moga Allah beri sembuh segera buat pakcik & boleh ke masjid sebagaimana sebelum ini.

Ziarah kali ini kami bawa bersama pembayar zakat daripada Syarikat Faiza Sdn Bhd, alhamdulilah dapat temukan diantara pembayar & penerima ZAKAT.

Hadir mewakili syarikat, Pengurus Faiza Food Sdn Bhd, Encik Muhammad Naim Ismail & Jurutera Faiza Sdn Bhd, Encik Azrin Subari, hadir Sama Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat, Ustaz Siddik Maidin Kutih & Eksekutif Zakat MAINJ, Ustaz Iqbal Haji Alivi. Terima kasih juga kepada pimpinan setempat yang turut sama hadir.