Sumbangan kepada nelayan di daerah Batu Pahat

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Pagi tadi kami ke tapak kerang-kerangan Sungai Suloh, Sungai Ayam dan Bagan Laut Daerah Batu Pahat alhamdulilah lihat & sampaikan keperluan asas & wang tunai untuk nelayan sekitar.

Terima kasih kepada Jabatan Perikanan dan Persatuan Nelayan setempat, alhamdulillah baik-baik semua, banyak membantu kami di lokasi.

Hadir menyampaikan sumbangan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Ismail Haji Abu.Hadir sama Penolong Pengarah Pembangunan Asnaf MAINJ, Ustaz Sheikh Hafie Awab & Amin Baitulmal MAINJ Daerah Batu Pahat, Ustaz Siddik Maidin Kutih.