Majlis Penyerahan Hasil, Agihan Manfaat Wakaf & Pelancaran Pelan Pembangunan Asnaf

posted in: Asnaf, Wakaf | 0

Majlis Penyerahan Hasil, Agihan Manfaat Wakaf & Pelancaran Pelan Pembangunan Asnaf. Dalam majlis ini perwakafan tanah juga dibuat oleh Md Maarof Ab Kadir dan wakaf tunai.

Selain itu beberapa serahan juga disempurnakan, antaranya:
– Serahan hasil sewaan/pajakan
– Sumbangan bagi bantuan makanan untuk anak-anak asnaf “Program Anakku Sayang”
– Serahan 10 unit komputer riba kepada pelajar IPT “Program MAINJ@Kampus”

Majlis disempurnakan oleh YB Tuan Fared Bin Mohd Khaled Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, merangkap Timbalan Pengerusi MAINJ.

Turut hadir Mufti Johor, YB Dato’ Haji Yahya Ahmad , Penasihat MAINJ, YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ahli Majlis MAINJ, YB Dato’ Haji Tahrir Dato’ Kiai Haji Shamsuddin, Pengarah JAINJ, Dato’ Haji Md Rofiki Dato’ Kiai Shamsuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Ismail Haji Abu.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT DAN PEWAKAF