Gerobok makanan di MAINJ daerah Segamat

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Susun dan penuhkan, alhamdulillah gerobok makanan untuk saudara-saudara kita yang memerlukan di MAINJ daerah Segamat. Gembira sangat, mereka pilih dan ambil sahaja mengikut keperluan, syukur. TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT#MainjPrihatin#KamiAda

200 beg makanan asas untuk saudara kita di Kluang

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Alhamdulillah, 200 beg makanan asas untuk saudara kita di Kluang, serba sedikit dapat ringankan beban mereka semua. Kami tambah juga keperluan di gerobok makanan Masjid Bandar Kluang. Moga Allah permudahkan urusan kita semua. TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT#MainjPrihatin#KamiAda

Gerobok makanan di MAINJ daerah Kota Tinggi

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Penuhkan gerobok makanan, insya-Allah untuk saudara kita yang memerlukan di daerah Kota Tinggi. 200 beg juga telah selesai diagih melalui pimpinan setempat, syukur, terima kasih semua yang membantu, moga ada pahala buat semua. TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT#MainjPrihatin#KamiAda

Agihan keperluan makanan asas di daerah Tangkak

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

100 beg selesai di agih, harini tambah lagi 100 beg makanan asas di daerah Tangkak untuk saudara kita yang terkesan, alhamdulillah. Selain itu, kami sediakan juga gerobok makanan, insya-Allah untuk saudara kita yang memerlukan selepas dari waktu pejabat. #MainjPrihatin#KamiAda

334 beg makanan asas (fidyah) diagih

posted in: Asnaf, Baitulmal, Bantuan | 0

Alhamdulillah, 334 beg makanan asas (fidyah) di daerah Johor Bahru untuk saudara kita yang terkesan. Terima kasih kepada agensi dan pimpinan setempat yang membantu, syukur, moga ada pahala buat semua. #MainjPrihatin#KamiAda

Bantuan keperluan asas

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Syukur, bawa keperluan makanan asas untuk saudara-saudara kita, semua gembira, syukur sangat mereka, ramai antara mereka yang terkesan pada waktu ini. Mudahkan urusan saudara-saudara kami ya Allah. TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT#MainjPrihatin#KamiAda

Syukur

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Syukur, 200 beg makanan keperluan asas (fidyah) untuk keluarga yang terkesan di daerah Kulai, moga sedikit sebanyak meringankan beban saudara kita semua. Hadir sama menyampaikan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Johor, YB. Tuan Haji Tosrin Jarvanthi. #MainjPrihatin#KamiAda

Makluman: capaian fpx tergendala

posted in: Umum | 0

Assalammualaikum Tn/Pn. Adalah dimaklumkan bahawa, capaian FPX melalui sistem epayment melibatkan akaun MAYBANK akan tergendala seketika pada : 12 Julai 2021 12.00 pagi hingga 1.00 pagi & 2.00 pagi hingga 2.30 pagi. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

1 3 4 5 6 7 8 9 27