Visi
Ke Arah Pembentukan Mukmin Sejahtera
Misi
Memperkasa asnaf zakat ke arah pemikiran yang berdaya maju dan produktif serta melahirkan insan yang mampu membentuk sosial ummah.
Tujuan
- Pembasmian kemiskinan
- Tertumpu kepada pembangunan sosio-ekonomi asnaf penerima bantuan
- Bertanggungjawab melaksanakan program-program seperti kursus, latihan, kemahiran, bengkel, motivasi dan berdikari.
- Dilaksanakan sepanjang tahun mengikut masa yang sesuai
- Program ini bertujuan agar dapat membantu asnaf-asnaf yang berdaftar dibawah maij dapat berdikari dan terkeluar daripada kepompong kemiskinan
- Membuat pemantauan berkala kepada setiap penerima bantuan setiap 6 bulan bagi mengenalpasti penggunaan peralatan atau modal yang diberi seterusnya memantau kemajuan asnaf.
Objektif
- Menaik taraf golongan ini kepada golongan yang terbela dan dari golongan penerima zakat kepada pembayar zakat
- Memberi penjelasan dan kesedaran kepada bantuan zakat berkenaan tujuan bantuan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
- Mengenal pasti potensi asnaf yang produktif kepada yang lebih baik
- Memastikan golongan asnaf yang menerima zakat bersama-sama bekerjasama dalam pembangunan insan
- Membuka minda dan memberi semangat kepada penerima bantuan untuk berusaha meningkatkan ekonomi keluarga dan berdikari tanpa bergantung semata-mata kepada bantuan
- Memberi maklumat berkenaan peluang yang boleh diperolehi daripada jabatan-jabatan lain untuk meningkatkan pendapatan.
Fungsi Unit
- Memproses permohonan bantuan berdikari
- Bantuan modal
- Bantuan peralatan
- Memantau perjalanan aktiviti asnaf berdikari setiap 6 bulan
- Merancang kursus-kursus kemahiran untuk penerima bantuan mainj
- Merancang kursus motivasi asnaf dan anak-anak asnaf
- Meningkatkan taraf dan produktiviti asnaf fakir miskin
Aktiviti
- Tunas asnaf
- Jana asnaf niaga
- Jana asnaf chef
- Jana asnaf menjahit
- Jana asnaf nelayan
- Jana asnaf tani
- Jana asnaf kraf
Pusat Kemahiran Asnaf

Danga Bay, Jalan Skudai, Johor Bahru
- Pusat Kemahiran Asnaf MAINJ telah dirasmikan pada 5 Julai 2013 oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ di Teluk Danga.
- Pusat Kemahiran ini mempunyai 3 aras. Aras pertama adalah kaunter,dewan makan, musolla dan stor. Aras kedua adalah dewan kuliah dan juga bilik jahitan. Aras ketiga adalah bilik masakan.
- Program kemahiran ini akan dijalankan setiap hari selasa hingga khamis pada setiap minggu. Program utama yang dijalankan adalah kemahiran jahitan dan masakan.
- Melibatkan 10 daerah dimana :
- Minggu pertama – johor bahru & batu pahat
- Minggu kedua – pontian, mersing & kulai
- Minggu ketiga – segamat, kluang & muar
- Minggu keempat – kota tinggi & ledang
- Program jahitan adalah seperti berikut :
- Menjahit baju kurung & baju melayu
- Menjahit Sulaman manik
- Menjahit Baju korporat
- Menjahit Telekung
- Menjahit Langsir
- Menjahit Tudung
- Program masakan adalah seperti berikut :
- Membuat Roti & Pastri
- Masakan western food
- Membuat coklat
- Membuat kuih & biskut
- Membuat kek & cup cake
- Masakan orang kahwin
- Kapasiti peserta setiap program adalah seramai 20 orang.
- Selain itu, program-program lain juga akan diadakan seperti :
- Program Tunas asnaf
- Program Halatuju Pelajar lepasan SPM
- Program Motivasi Sahsiah, Keusahawanan, komputer dll.
- Setiap program tersebut diadakan di Dewan Kuliah yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 50 orang peserta.
- Sekiranya ada tempahan untuk menjahit baju sekolah, pakaian korporat atau tempahan makanan, tempahan tersebut akan dijahit/dimasak oleh peserta asnaf mahir.
- Pada hari jumaat hingga ahad, Pusat kemahiran Asnaf tersebut boleh disewakan kepada agensi kerajaan, swasta dan orang luar mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.