{"id":8792,"date":"2026-08-13T10:29:28","date_gmt":"2026-08-13T02:29:28","guid":{"rendered":"https:\/\/www.maij.gov.my\/?p=8792"},"modified":"2026-08-14T10:37:25","modified_gmt":"2026-08-14T02:37:25","slug":"mainj-timba-pengalaman-makna-dalam-pengurusan-bantuan-pesakit-kanser","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.maij.gov.my\/?p=8792","title":{"rendered":"MAINJ TIMBA PENGALAMAN MAKNA DALAM PENGURUSAN BANTUAN PESAKIT KANSER"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2026 \u2013 Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi mendapatkan perkongsian serta memahami sistem pengurusan bantuan yang dilaksanakan oleh organisasi berkenaan, khususnya menerusi Sistem MAKNA Bursary.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kunjungan tersebut menjadi platform perkongsian pengetahuan berkaitan kaedah MAKNA menguruskan permohonan, semakan, kelulusan, pemantauan dan penyaluran bantuan kepada pesakit kanser yang kurang berkemampuan serta menerima rawatan di hospital kerajaan. Sesi penerangan berkaitan pengurusan bantuan dan Sistem MAKNA Bursary disampaikan oleh Penolong Ketua Bahagian Bursary, MAKNA, Encik Pairy Basri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam sesi tersebut, delegasi MAINJ diberikan penerangan mengenai latar belakang MAKNA, kaedah pengurusan dana serta pelaksanaan Program Bursary yang menyediakan bantuan kewangan dan bukan kewangan kepada pesakit kanser yang memerlukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara bentuk bantuan yang disediakan termasuk bantuan kewangan, peralatan dan keperluan pesakit, bantuan tunai bagi keperluan tertentu, bantuan pengurusan pengebumian serta bantuan ubat-ubatan yang tidak termasuk dalam formulari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kes yang dipertimbangkan bagi mendapatkan bantuan adalah berdasarkan rujukan daripada hospital kerajaan dan telah melalui proses saringan oleh pihak kerja sosial perubatan. Pendekatan ini membolehkan MAKNA memberi tumpuan kepada pesakit yang benar-benar memerlukan berdasarkan keadaan sosioekonomi dan keperluan rawatan masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menerusi Sistem MAKNA Bursary, pengurusan permohonan dan maklumat penerima dapat dilaksanakan secara lebih sistematik. Dengan maklumat serta dokumentasi yang lengkap, tempoh proses kelulusan yang sebelum ini mengambil masa sekitar 14 hari berpotensi dipercepatkan, sekali gus membolehkan bantuan disalurkan dengan lebih efisien.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">MAKNA turut mengamalkan kaedah penyaluran bantuan ubat-ubatan secara berperingkat. Kebiasaannya, bantuan awal diberikan bagi tempoh satu atau dua bulan bergantung kepada sesuatu kes bagi membolehkan kesesuaian ubat kepada pesakit dipantau sebelum bantuan seterusnya dipertimbangkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kaedah tersebut dapat mengurangkan risiko pembaziran sekiranya ubat tidak sesuai dengan pesakit atau rawatan perlu ditukar. Penyelarasan turut dibuat bersama pihak kerja sosial perubatan di hospital dan agensi berkaitan bagi memastikan sumber bantuan dimanfaatkan secara optimum. Sekiranya pesakit masih memerlukan bantuan, keperluan seterusnya boleh dipertimbangkan berdasarkan keadaan semasa serta pengesahan rawatan oleh pihak perubatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendekatan pemantauan yang sama turut digunakan bagi bantuan pemakanan khas seperti susu, termasuk bagi pesakit yang memerlukan full tube feeding, dengan jumlah bekalan ditentukan mengikut keperluan sebenar dan syor pihak perubatan atau dietetik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pembentangan tersebut, MAKNA turut berkongsi pencapaian Program Bursary bagi tempoh 1995 hingga 2025 yang merekodkan sebanyak 109,176 kes dengan nilai keseluruhan bantuan berjumlah RM252,485,963.96.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi Negeri Johor, sebanyak 615 kes direkodkan pada tahun 2024 dengan 393 melibatkan pesakit Islam, manakala pada tahun 2025 sebanyak 595 kes direkodkan dengan 377 melibatkan pesakit Islam. Sehingga Jun 2026 pula, sebanyak 272 kes direkodkan dengan 168 melibatkan pesakit Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara keseluruhannya, bagi tempoh 2024 hingga Jun 2026, sebanyak 1,482 kes direkodkan di Johor dengan 938 daripadanya melibatkan pesakit Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam tempoh yang sama, jumlah bantuan yang diluluskan MAKNA di Johor ialah RM1,571,087.77 pada 2024, RM1,414,742.06 pada 2025 dan RM620,443.20 sehingga Jun 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Daripada jumlah tersebut, bantuan yang melibatkan pesakit Islam masing-masing berjumlah RM922,177.36 pada 2024, RM793,150.00 pada 2025 dan RM385,517.20 sehingga Jun 2026.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara keseluruhan, MAKNA telah meluluskan kira-kira RM3.61 juta bantuan bagi kes di Negeri Johor sepanjang tempoh berkenaan, dengan kira-kira RM2.10 juta daripadanya melibatkan pesakit Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut hadir mewakili MAKNA ialah Penolong Pengurus Projek \u2013 Pembangunan Dana, Encik Mohd Tarmizi Abdul Rahman; Pegawai Eksekutif Perkhidmatan, Encik Norazlan Majid; Pegawai Unit Kewangan, Puan Ismalina Ishak; Penolong Pengurus Projek (Pembangunan Dana), Cik Hanita Hanim; serta Penolong Pegawai (Pembangunan Dana), Encik Ravi Varman Aaron.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kunjungan ini memberi pendedahan kepada MAINJ mengenai amalan dan mekanisme pengurusan bantuan yang dilaksanakan MAKNA, khususnya penggunaan sistem bersepadu, penyelarasan bersama pihak hospital serta pemantauan bantuan berdasarkan keperluan sebenar penerima.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Delegasi MAINJ diketuai oleh Penolong Pengarah Agihan Zakat, Ustaz Muhammad Zakuan Ghazali, bersama Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Mohamad Syazwan Othman dan Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Mohd Nor Iqbal Mazilan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/image-17-1024x682.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8793\" srcset=\"https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/image-17-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/image-17-300x200.jpeg 300w, https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/image-17-768x512.jpeg 768w, https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/image-17-1536x1023.jpeg 1536w, https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/image-17-407x270.jpeg 407w, https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/08\/image-17.jpeg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><a href=\"https:\/\/m.facebook.com\/story.php?story_fbid=pfbid0YJZZrYQruiZpmCPr5vbEA4fGg3MYB14b2Croca6YUqAC9QLoACvBZet9Sk5FUMQZl&amp;id=100069372932460&amp;mibextid=wwXIfr\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">https:\/\/m.facebook.com\/story.php?story_fbid=pfbid0YJZZrYQruiZpmCPr5vbEA4fGg3MYB14b2Croca6YUqAC9QLoACvBZet9Sk5FUMQZl&amp;id=100069372932460&amp;mibextid=wwXIfr<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2026 \u2013 Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Kanser Nasional (MAKNA) di Jalan Ampang, Kuala Lumpur bagi mendapatkan perkongsian serta memahami sistem pengurusan bantuan yang dilaksanakan oleh organisasi berkenaan, &hellip; <a href=\"https:\/\/www.maij.gov.my\/?p=8792\">Continued<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8793,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[10],"tags":[],"class_list":["post-8792","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-bantuan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8792","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=8792"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8792\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8796,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/8792\/revisions\/8796"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8793"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=8792"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=8792"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=8792"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}