{"id":9031,"date":"2026-10-22T22:51:11","date_gmt":"2026-10-22T14:51:11","guid":{"rendered":"https:\/\/www.maij.gov.my\/?p=9031"},"modified":"2026-10-22T22:51:11","modified_gmt":"2026-10-22T14:51:11","slug":"mainj-dan-pkpj-perkukuh-kolaborasi-perumahan-demi-kesejahteraan-rakyat-johor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.maij.gov.my\/?p=9031","title":{"rendered":"MAINJ DAN PKPJ PERKUKUH KOLABORASI PERUMAHAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT JOHOR"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">JOHOR BAHRU, 22 Oktober 2026 \u2013 Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terus memperkukuh usaha membantu golongan yang memerlukan melalui kolaborasi strategik bersama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) dalam menyediakan kemudahan perumahan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Majlis Kolaborasi Perumahan MAINJ dan PKPJ disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid.Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan MAINJ dan PKPJ atas komitmen menjayakan kerjasama tersebut, khususnya dalam membantu golongan yang menghadapi kesempitan hidup serta ditimpa musibah.Beliau turut berkongsi pengalaman ketika membantu sebuah keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran di Larkin, Johor Bahru, baru-baru ini.Menurut beliau, kekangan kekosongan rumah transit di Johor Bahru menyebabkan keluarga berkenaan terpaksa ditempatkan di Tiram. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanapun, kemudahan yang disediakan MAINJ sekurang-kurangnya memberikan pilihan kepada keluarga tersebut untuk mendapatkan perlindungan sementara.\u201cTanpa usaha dan skim bantuan seperti ini, sudah pasti lebih ramai golongan yang ditimpa musibah akan berdepan kesukaran dalam meneruskan kehidupan,\u201d katanya.Beliau turut menegaskan bahawa penyediaan tempat tinggal merupakan keperluan asas yang penting dalam menjamin kesejahteraan keluarga, selaras dengan tuntutan Islam supaya saling membantu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Ma\u2019idah, ayat 2.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada majlis tersebut, turut diadakan penyampaian simbolik bantuan perumahan melibatkan lima kategori berjumlah RM668,000, merangkumi Bantuan Perumahan PPR\/RSK sebanyak RM500,000, Bantuan Rumah Transit RM42,000, Bantuan Bina Baharu Rumah RM100,000, Bantuan Baik Pulih Rumah RM20,000 dan Bantuan Sewa Rumah RM6,000.Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian penghargaan bagi kolaborasi Bantuan Bina Baharu dan Baik Pulih Rumah Asnaf sebagai pengiktirafan terhadap usaha membantu golongan memerlukan mendapatkan kediaman yang lebih selesa dan selamat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdahulu, program dimulakan dengan Sesi Bual Bicara Kolaborasi MAINJ dan PKPJ yang menampilkan Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Muhammad Zakuan Ghazali; Ketua Pembangunan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Fairus Surat; serta Amin Baitulmal MAINJ Daerah Johor Bahru, Ustaz Dr. Mohd Firdaus Abdul Hamid.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">#AmazingMAINJ #MAINJPrihatin<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/118093-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-9032\" srcset=\"https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/118093-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/118093-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/118093-767x511.jpg 767w, https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/118093-1536x1023.jpg 1536w, https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/118093-407x270.jpg 407w, https:\/\/www.maij.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/118093.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 22 Oktober 2026 \u2013 Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terus memperkukuh usaha membantu golongan yang memerlukan melalui kolaborasi strategik bersama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) dalam menyediakan kemudahan perumahan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor. Majlis Kolaborasi &hellip; <a href=\"https:\/\/www.maij.gov.my\/?p=9031\">Continued<\/a><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9032,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[11,10],"tags":[],"class_list":["post-9031","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-asnaf","category-bantuan"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9031","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=9031"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9031\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9033,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/9031\/revisions\/9033"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9032"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=9031"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=9031"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.maij.gov.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=9031"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}