Logo Johor

Zakat Warganegara Malaysia
Yang Bekerja di Singapura

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
yang bersidang pada
24 Ramadan 1446H
bersamaan 25 Mac 2025M
membuat keputusan seperti berikut:

Zakat Gaji dan Pendapatan di negeri Johor adalah wajib dikeluarkan bilamana cukup syarat-syaratnya, sebagaimana keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
bertarikh 17 April 2000. Memandangkan tiada potongan zakat pendapatan di Singapura, justeru bagi menyempurnakan kewajipan umat Islam di negeri Johor Darul Ta'zim yang bekerja di Singapura, maka hukumnya adalah seperti berikut:

1. Bagi rakyat negeri Johor yang bekerja di Singapura dan tinggal atau menetap di negeri Johor, wajib membayar zakat pendapatan di negeri Johor.
2. Bagi rakyat dari luar negeri Johor yang bekerja di Singapura dan menetap di negeri Johor, wajib membayar zakat pendapatan di negeri Johor.
والله اعلم بالصواب

KIRA ZAKAT PENDAPATAN ANDA
Kalkulator Zakat Pendapatan

SALURAN BAYARAN ZAKAT
Bayar Zakat (epayment MAINJ)
bnk_tgo