KEMUDAHAN PEMBAYARAN YANG DISEDIAKAN
Pembayaran boleh dilakukan dengan :
1. Datang sendiri ke kaunter zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor di semua Pejabat Agama Daerah dan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor Bahru.
2. Melalui pos (cek / kiriman wang / wang pos / Bank draf ) atas nama
Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah Negeri Johor.
3. Melalui Mesin Deposit Tunai / Mesin Deposit Cek / Electronic Fund Transfer (EFT). Salinan Transaksi dan Butiran bayaran hendaklah dimaklumkan kepada pihak MAINJ melalui e-mail atau bersurat selepas transaksi dibuat bagi tujuan penyediaan Resit Rasmi. Butiran yang diperlukan (Nama, No.Kad Pengenalan, Alamat surat menyurat, No.Telefon, Jenis Zakat dan Haul bayaran Zakat dan jumlah bayaran zakat). Bayaran hendaklah dibuat kepada:
Nama : Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Johor
No. Akaun : 55-1016-5007-31
Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)
4. Agen-agen kutipan zakat MAIJ.
- RHB Bank Berhad -(Kaunter, Online)
- Public Bank Berhad – (Online)
- Bank Islam Malaysia Berhad -(Kaunter, Online)
- CIMB Bank -(Online)
- AmBank -(Kaunter, Online)
- HSBC-(Online)
- Maybank Berhad -(Kaunter, Online)
- Standard Chartered – (Online)
- Affin Bank – (Online)
- Johor Online Payment – (Online)
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad -(Kaunter, Online)
- Bank Muamalat Malaysia Berhad – (Kaunter)
- Agro Bank (Bank Pertanian Malaysia) – (Kaunter , Online)
- Bank Simpanan Nasional -(Kaunter , Online)
- Pos Malaysa Berhad – (Kaunter)
- MYEG – (Online)
5. Skim Potongan Gaji Bulanan
- Kakitangan Kerajaan (Kod AG 4380, Kod Negeri 2509)
- Kakitangan Swasta (Majikan)
6. Kaunter bergerak / sementara yang dibuka dari semasa ke semasa di negeri Johor.
Kami juga bersedia ke tempat Tuan/Puan untuk tujuan penerangan, pengiraan dan kutipan zakat.
7. Sebarang surat menyurat boleh dialamatkan ke :-
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Negeri Johor,
Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor,
80900, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2282929/2999/2937
faks: 07-2275173
Email : zakat@maij.gov.my
Waktu urusan Kaunter
Majlis Agama Islam Negeri Johor di Ibu Pejabat Dan
Pejabat-pejabat MAIJ Daerah
Ahad – Rabu ( 8.00 pagi – 4.00 petang )
Khamis ( 8.00 pagi – 3.00 petang )
Waktu urusan Kaunter
Majlis Agama Islam Negeri Johor di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor Bahru.
L3-UTC-10
Dibuka setiap hari ( kecuali cuti umum )
( 8.30 pagi -10.00 malam )