Takrif Asnaf

Takrif Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai harta dan hasil usaha ( pekerjaan ) yang boleh memenuhi keperluan asas ( daruriat ) bagi dirinya dan tanggungan di bawahnya bukan keperluan tambahan ( hajiat ) dan bukan keperluan kemewahan ( tahsiniat ), termasuk juga mereka yang tidak ada daya usaha dengan sebab seperti penyakit.

Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300.00 sebulan tetapi hanya memperolehi tidak sampai 50% keperluan tersebut untuk menampung keperluan asasi diri dan tanggungan di bawahnya.

Takrif Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasi  ( daruriat ) tetapi tidak mencukupi untuk dirinya dan orang di bawah tanggungannya.

Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300 sebulan tetapi hanya memperolehi sebahagian
( 50% ) atau lebih tetapi tidak sampai memenuhi keperluan asasi sebenar bagi diri dan tanggungannya.

Takrif Amil
Individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hal ehwal pungutan, pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat.

Takrif Muallaf
Mereka yang hatinya baru berjinak– jinak dengan agama Islam dan mendapat hidayah menganuti Islam supaya mereka merasakan adanya tempat bergantung bagi menghadapi cabaran yang  mendatang.

Takrif Gharim
Golongan yang berhutang utuk memenuhi keperluan asas diri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat dan memerlukan penyelesaian segera selaras dengan hukum Syarak.

Takrif Riqab
Mereka yang dimiliki oleh tuannya bagi membolehkan mereka membebaskan / menebus diri masing– masing.

Takrif Ibnu Sabil
Orang yang terputus bekalan ( perbelanjaan ) semasa perjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan yang diharuskan oleh Syarak.

Takrif Fisabilillah
Mereka yang berjuang, berusaha, mempertahankan dan meningkatkan penghayatan dan syiar Islam.