Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Negeri Johor

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah di atas kejayaan Majlis Agama Islam Negeri Johor yang telah berusaha dalam menyiapkan dan menyediakan laman web rasmi ini.

Saya percaya kewujudan laman web ini amat penting khususnya kepada masyarakat umum yang memerlukan satu tempat rujukan untuk mengenali peranan dan fungsi pelbagai bahagian dan unit di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sebagai Badan Berkanun Kerajaan yang penting dan sentiasa menjadi rujukan berkaitan permasalahan umat Islam, laman web ini juga dapat membantu menyalurkan pelbagai maklumat dan informasi termasuklah dari segi prosedur permohonan dan syarat-syarat yang diperlukan dalam pelbagai urusan berkaitan Zakat, Baitulmal dan Wakaf.

Saya ingin menyarankan agar segala maklumat dan informasi yang disediakan tepat dan mudah difahami masyarakat. Selain itu maklumat ini perlulah dikemaskini dari masa ke semasa untuk kemudahan semua pihak.

Akhir kata syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan laman web ini. Doa dan harapan saya agar laman web ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat Islam khususnya di negeri Johor.