ZAKAT PENDAPATAN

Gaji / Pendapatan
Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.

Kaedah pengiraan Zakat Pendapatan
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya 2.5%.

Keperluan asas sebenar pada tahun semasa :

1. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :

a. Sara diri – RM 9,000.00
b. Isteri – RM 3,000.00 x Bilangan isteri
c. Anak – RM 1,000.00 x Bilangan anak
d. Mereka yang dibawah tanggungannya.

2. Perubatan

3. Pendidikan

Contoh pengiraan
A. Pendapatan

Gaji RM 36,000.00
Elaun RM 6,200.00
Bonus RM 4,000.00
Jumlah pendapatan Setahun RM 46, 200.00
B.Perbelanjaan
Penolakan
Saraan diri RM 9,000.00
Isteri RM 3,000.00
Anak RM 1,000.00 x 4 orang RM 4,000.00
Saraan ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulan RM 2,400.00
Perubatan anak RM200.00 x 12 bulan RM 2,400.00
Jumlah penolakan setahun RM 20,800.00
Pendapatan (A) – Perbelanjaan (B) RM 25,400.00
Zakat = RM 25,400.00 x 2.5% RM 635.00 (setahun)
*RM 53.00 (sebulan)

* Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan yang dibenarkan di atas.