PIAGAM: Tumpuan kepada pelanggan

Pelanggan-pelanggan maij terdiri daripada:
– Pembayar zakat dan fitrah
– Penerima zakat dan fitrah

Perkhidmatan yang diberikan oleh maij kepada pelanggan:
– Pungutan zakat dan fitrah
– Agihan zakat dan fitrah

Piagam pelanggan maij telah menetapkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi:

  1. Mengeluarkan resit terimaan zakat dalam tempoh 10 minit setelah taksiran / jenis bayaran dibuat dan maklumat lengkap diperolehi.
  2. Mengeluarkan resit pembayaran zakat melalui pos dan kaunter bank dalam tempoh 7 hari bekerj a setelah terimaan cek / transaksi bayaran dari pihak bank.
  3. Mengeluarkan penyata pembayaran tahunan pembayaran Zakat melalui potongan gaji pada setiap awal tahun sebelum 15 februari.
  4. Menyerahkan bantuan sara hidup bulanan dan perubatan kepada penerima dalam tempoh 14 hari bekerja setelah diterima daripada Ibu Pejabat MAIJ.
  5. Mengeluarkan bantuan segera di kaunter dalam tempoh 30 minit setelah permohonan bantuan diluluskan.
  6. Memajukan permohonan yang telah lengkap ke Ibu Pejabat MAIJ dalam tempoh 30 haribekerja dari tarikh permohonan diterima.
  7. Memaklumkan keputusan permohonan bantuan dalam tempoh 14 hari selepas minit keputusan mesyuarat Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah di adakan.
  8. Membayar bil-bil dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia diterima selepas barang dibekalkan atau perkhidmatan dilaksanakan.
  9. Menyelenggara dan memperbaiki komputer dan sistem komputer serta merta selepas aduan diterima dan jenis kerosakan dikenalpasti.
  10. Meminimumkan aduan pelanggan sebanyak 10 aduan selepas aduan diterima dan jenis sebulan.
  11. Setiap aduan pelanggan yang diterima oleh MAIJ dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja.