FIDYAH

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada satu tahun sehingga tiba Bulan Ramadan tahun berikutnya.

HUKUM MEMBAYAR FIDYAH

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 184 :

وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌۭ طَعَامُ مِسْكِينٍۢ ۖ

Maksudnya :

“Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin”

Golongan WAJIB Bayar Fidyah

  1. Orang tua yang sangat uzur dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan.
  2. Orang  yang sakit yang tiada kemungkinan atau harapan untuk sembuh dan disahkan oleh doktor.
  3. Ibu hamil yang tidak berpuasa dengan sebab bimbang akan kesihatan janinnya.
  4. Ibu yang masih menyusukan anak dan bimbang kesihatan anak yang disusukan.
  5. Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat menggantikan puasanya.
  6. Orang yang menangguhkan qada’ puasanya sehingga tiba bulan Ramadan berikutnya.

Kadar Fidyah

1 hari dendanya secupak beras

Secupak beras = 1 mud

1 mud = nilai zakat fitrah semasa bahagi 4

Contoh :

Nilai zakat fitrah bagi tahun 1446H 2025 ialah 7.00 ringgit

7.00 ringgit bahagi 4 = RM 1.75 (nilai 1 cupak beras)

Kemudahan Pembayaran Fidyah:
1. Pembayaran di Kaunter daerah dan cawangan Majlis Agama Islam Negeri Johor
2. Melalui dalam talian ( epayment, Aplikasi Google Play dan Aplikasi IOS App store)