Had Al Kifayah sebagai pengukur garis Kemiskinan

Takrif Haddul Kifayah
Dari segi bahasa  : Kadar kecukupan
Dari segi Syarak  : Kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang.

Sistem agihan ke atas golongan fakir dan miskin sama ada Islam asal atau muallaf adalah berasaskan kepada keperluan asasi ( daruriat ) bukan keperluan tambahan ( hajiat ) dan bukan keperluan kemewahan ( tahsiniat ) seseorang itu mengikut kaca mata Islam bagi diri dan keluarga di bawah tanggungannya sesuai dengan tempat, masa serta status sosial seseorang itu bagi keperluan minima:

KEPERLUAN ASASI

• Makan dan minum
• Tempat tinggal
• Pakaian
• Pendidikan
• Perubatan
• Pengangkutan


Kategori Individu Dalam Had Kifayah

Bil
Kategori
Definisi
1 Ketua Keluarga
a. Suami / isteri atau;
b. Ibu / bapa tunggal atau;
c. Seorang diri ( sebatang kara )
d. Penjaga
2 Dewasa
a. Isteri / suami yang ditanggung oleh ketua keluarga sama ada bekerja atau tidak.

b. Ibu/bapa yang wajib disara.

c. Tanggungan yang bersekolah / tidak bersekolah melebihi umur 18 tahun.

d.Tanggungan anak / anak yang bekerja   tetapi masih tinggal bersama

3 Dewasa bersekolah Tanggungan / anak yang berumur 18 tahun keatas yang masih menuntut.
4 Remaja bersekolah Tanggungan yang berusia 13 – 17 tahun yang masih bersekolah.
5 Kanak- kanak bersekolah Tanggungan yang berusia 5 – 12 tahun yang masih bersekolah.
6 Kanak- kanak tidak bersekolah Tanggungan yang berusia kurang daripada 15 tahun yang tidak bersekolah.
7 Kanak- kanak berumur di bawah 5 tahun Tanggungan yang berumur kurang daripada 5 tahun


Lokasi

Kawasan Bandaraya
Kawasan yang terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berikut : Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Kawasan Bandar
Kawasan yang terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berikut : Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai, Pihak Berkuasa Tempat Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Daerah Segamat Utara, Majlis Daerah Pontian, Majlis Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Mersing, Majlis Daerah Tangkak, Majlis Daerah Yong Peng, Majlis Daerah Simpang Renggam dan Majlis Daerah Labis.

Kawasan Luar Bandar
Kawasan yang terletak di luar pentadbiran mana- mana Pihak Berkuasa Tempatan.


Status Rumah

Status rumah terbahagi kepada dua :

1. Rumah percuma iaitu rumah milik sendiri atau didiami secara percuma.
2. Rumah berbayar iaitu rumah milik sendiri yang belum habis dibayar atau rumah sewa dan seumpamanya