Skim-skim Bantuan Asnaf
  • Skim Bantuan Hari Raya
  • Skim Bantuan Sara Hidup Bulanan
  • Skim Bantuan Perubatan
  • Skim Bantuan Perumahan
  • Skim Bantuan Berdikari
  • Skim Bantuan Pendaftaran IPT
  • Skim Dermasiswa Pelajar
  • Skim Bantuan Pakaian Sekolah
  • Skim Bantuan Basikal Pelajar
  • Skim Bantuan Cermin Mata Pelajar
  • Skim Pembiayaan Tambang Pengajian
  • Skim Bantuan Menjelaskan Hutang
  • Skim Bantuan dan Kebajikan Saudara Baru
  • Skim Bantuan Segera (Kecemasan)

SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

  1. Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT(ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B’, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah berhampiran.
  2. Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga(3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor.
  3. Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan /sumbangan/pinjaman daripada mana-mana pihak lain.
  4. Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ.
  5. Pemohon adalah bertanggungjawab di hadapan Allah S.W.T atas sebarang pemalsuan maklumat dan dokumen yang diberikan.

—————————–

  1. Sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai mana-mana bantuan MAIJ adalah melalui sumber wang zakat yang dipungut daripada masyarakat Islam di dalam Negeri Johor.
  2. Penggunaan atau pengagihan wang zakat adalah berdasarkan keutamaan dan kepentingan bagi setiap asnaf atau golongan yang ditetapkan di dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Taubah, ayat 60 bermaksud:

” Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, dan orang miskin dan amil-amil yang menguruskan dan muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demlkian adalah) satu ketetapan yang datangnya dari Allah, dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Muat turun borang-borang Skim bantuan zakat :

  1. Borang Bantuan MAIJ (Sara Hidup, Perubatan,Berdikari,Perumahan,Menjelaskan Hutang)
  2. Borang Permohonan Tapak Fistula
  3. Borang Skim Bantuan Dermasiswa Pelajaran
  4. Borang Penyambungan Bantuan MAIJ
  5. Borang pengesahan pendapatan/bantuan

Permohonan Online
https://ebantuan.maij.gov.my
https://epayment.maij.gov.my