Pengenalan

Sejarah Penubuhan Bahagian Wakaf

  • Ditubuhkan pada tahun 1313 Hijrah bersamaan dengan 1895 Masihi.
  • Pada peringkat awal penubuhannya, ia ditadbir oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor.
  • Diserahkan kepada State Secretary Of Johor (Setiausaha Kerajaan Johor) dalam urusan tadbir dan pemegang amanah.
  • Diserahkan kepada Jabatan Agama di bawah pengurusan Yang Di-Pertua Jabatan Agama Islam Johor.
  • Ditempatkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dengan kuatkuasa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 1978/2003.

Objektif Penubuhan

  • Menjelaskan kepentingan  Wakaf dalam merealisasikan pembangunan  sosio-ekonomi ummah.
  • Memberi kesedaran kepada umat Islam bagi merebut peluang pembangunan untuk memajukan ekonomi Islam.
  • Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf yang sebenar.
  • Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat tentang pembangunan hartanah wakaf.

Fungsi Utama

  • Mengurus, mentadbir dan menjaga Kumpulan Wang Wakaf sebagai Pemegang amanah Wakaf.
  • Sebagai pemegang amanah harta-harta yang diwakafkan oleh umat Islam untuk tujuan-tujuan tertentu.

Bidang Kuasa

  • Mentadbir harta-harta Wakaf.
  • Mendaftar harta-harta Wakaf.
  • Mengurus harta-harta Wakaf mengikut tujuan yang telah ditentukan oleh pewakaf.

 Pemegang Amanah

  • Menurut seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003, Majlis Agama Islam Negeri Johor  telah  menjadi  pemegang  amanah  tunggal  bagi :-
    1. Semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas;
    2. Semua nazr am ; dan
    3. Segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, dan bagi semua apa-apa harta berkenaan wakaf, nazr am atau amanah di Negeri Johor.

Jenis Harta Wakaf di Johor

Wakaf daripada :

  • Individu
  • Rizab Kerajaan / Pertubuhan ( Irshod )

Wakaf Am dan Khas dalam bentuk dan tujuan :

  • Tanah
  • Bangunan dan kediaman
  • Tapak masjid, surau, sekolah agama, kubur, pertubuhan anak yatim dan lain- lain.