Home » Aktiviti pembangunan harta wakaf

Aktiviti pembangunan harta wakaf

Aktiviti pembangunan harta wakaf

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA TAMAN PERLING


Pusat Perlindungan Wanita ini telah dibina di atas tanah Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor di Jalan Camar 4, Taman Perling, Johor Bahru. Pusat Perlindungan ini boleh menempatkan 24 penghuni dewasa dan 10 kanak-kanak dalam satu masa. Pusat perlindungan ini bertujuan memberi perlindungan kepada wanita yang bermasalah seperti mangsa dera dan ditinggalkan suami. Pusat perlindungan ini dilengkapi dengan pelbagai aktiviti dan program yang boleh dijadikan panduan kepada penghuni apabila keluar dari pusat perlindungan ini.


Tanah Wakaf Am yang disewakan untuk penanaman kelapa sawit dan diusahakan
oleh peladang-peladang islam.


Menara Telekomunikasi yang telah dibangunkan di tanah Wakaf Masjid atau Surau.


Papan Tanda di atas tanah wakaf memberi peluang kepada orang ramai untuk mempromosikan
produk-produk syarikat mereka.