Home » Latarbelakang (PPW)

Latarbelakang (PPW)

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

LATARBELAKANG

  • Pusat Perlindungan Wanita (PPW), Majlis Agama Islam Negeri Johor telah dibina dengan peruntukan sebanyak RM 10 juta di bawah Rancangan Malaysia ke- 9 oleh Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR).
  • Pusat perlindungan ini terdiri daripada dua bangunan iaitu bangunan pentadbiran dan bangunan dewan telah dibina di atas tapak wakaf MAINJ di Lot 26019, Jalan Camar 4, Taman Perling, 80350 Johor Bahru, Johor dan telah siap sepenuhnya, seterusnya diserahkan kepada MAINJ pada 7 Februari 2011.
  • Melalui surat Bil (18) dlm.MAIJ(WKF)J7/14/1 Jld 5 bertarikh 1 Mac 2011, MAINJ telah menyerahkan tanggungjawab mengurus dan mentadbir bangunan PPW kepada Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Johor.
  • Seterusnya, melalui surat Bil (55) dlm.JAJ/PK/04/19 bertarikh 22 Ogos 2011, Bahagian Pembangunan Keluarga telah menyerah semula tanggungjawab mengurus dan mentadbir bangunan PPW kepada MAINJ yang kemudiannya diletakkan di bawah Pentadbiran Wakaf.

 

KATEGORI KEMASUKAN PELATIH DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA

  • Pengabaian Keluarga
  • Penderaan dan Penganiayaan
  • Permasalahan Akidah
  • Perintah Mahkamah

 

 

Pautan lanjut Pusat Perlindungan Wanita (PPW):

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA

Latar Belakang PPW

Dewan PPW

Galeri PPW

Muat Turun Borang PPW