Home » Objektif Pembangunan Asnaf

Objektif Pembangunan Asnaf

Objektif Pembangunan Asnaf

  • Menaik taraf golongan fakir miskin kepada golongan yang terbela dan dari golongan menerima zakat kepada pembayar zakat.
  • Mengenal pasti potensi Asnaf yang produktif supaya dapat mengubah keadaan kepada yang lebih baik.
  • Memastikan golongan Asnaf mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Memastikan golongan Asnaf menerima zakat bersama – sama bekerjasama dalam pembangunan insan.

Sasaran

Sasaran Program Jana Asnaf adalah dari golongan fakir dan miskin di Negeri Johor yang berdaftar dibawah Majlis Agama Islam Negeri Johor. Mereka  yang menerima bantuan berdikari adalah diutamakan kerana mereka telah menerima peralatan dan modal dari Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Penerima dari bantuan Sara Hidup adalah golongan yang dialu-alukan untuk sama-sama berusaha keluar dari kepompong kemiskinan.

Tunas Asnaf terdiri dari kalangan anak-anak asnaf adalah nadi penting kepada pembanganan keluarga asnaf. Oleh itu, menjadi tanggungjawab MAIJ untuk memberi bimbingan, dorongan dan sokongan kepada mereka agar terus berusaha dalam arena pendidikan mereka agar dapat memberi ‘cahaya’ kepada keluarga mereka di masa kelak.

Fokus utama:

  • Bantuan Berdikari
  • Bantuan Sara Hidup
  • Tunas Asnaf