Bantuan pakaian sekolah merupakan salah satu skim bantuan pelajaran yang disediakan Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada pelajar yang kurang berkemampuan di Johor.
1. Bagi pelaksanaan bantuan sesi 2026, pihak pentadbiran telah membuat pengemaskinian sebagaimana berikut:
Syarat dan kelayakan pelajar:
- Warganegara Malaysia dan beragama ISLAM SAHAJA.
- Anak kelahiran Johor atau menetap di dalam negeri Johor.
- Pendapatan ibu bapa / penjaga tidak melebihi RM 322.00 Perkapita
(Pendapatan isi rumah dicampur dan dibahagi kepada tanggungan termasuk ibu bapa) - Permohonan untuk darjah 1 hingga darjah 5 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja.
- Permohonan adalah melalui PENTADBIRAN SEKOLAH sahaja.
Tarikh permohonan dan penyerahan senarai nama:
Permohonan melalui Online : 20 Jun 2025 hingga 20 Julai 2025
2. Kaedah dan proses permohonan :
Semua permohonan adalah melalui Sistem permohonan Bantuan Pakaian Sekolah di laman ini:
Klik pautan >> Sistem permohonan Bantuan Pakaian Sekolah MAIJ

3. Lampiran rujukan saiz pakaian (Bagi pakaian sekolah Agama Sahaja) :

