KETETAPAN KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN 1447H / 2026M
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1447H / 2026M seperti berikut:
Kadar Zakat Fitrah
1. RM 8.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan harian seperti:
• Beras Super Special Tempatan
• Beras Rebus
• Beras Hancur
• Beras Perang
2. RM10.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan harian selain Super Special Tempatan (Beras Import) seperti:
• Beras Putih Import (Thailand)
• Beras Putih Import (Pakistan)
• Beras Putih Import (Vietnam)
• Super Special Import
• Thai Super Special
3. RM 20.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan harian kategori import istimewa seperti:
• Beras Basmathi Import
• Beras Super Wangi
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Umat Islam di Johor boleh menunaikan zakat fitrah melalui tiga kaedah berikut:
1. Amil Fitrah
Bayaran secara tunai atau tanpa tunai melalui DuitNow QR Code di setiap daerah Negeri Johor.
2. Pembayaran Dalam Talian (Online)
- Zakat Johor Online Payment
https://epayment.maij.gov.my/ - Zakat fitrah Online Fastpay
https://fitrah.maij.gov.my/ - Pembayaran melalui Tulus
https://bayarzakatjohor.com/ - atau Muat turun Aplikasi Tulus
https://tulus.my/
- Makluman:Proses bayaran bermula jam 8.00 malam 1 Ramadan 1447H sehingga
jam 9.00 pagi 1 Syawal 1447H - Sistem akan ditutup setiap hari jam 11.30 malam sehingga 12.30 pagi bagi kerja penyelenggaraan sistem
3. Kaunter Zakat MAINJ
Pembayaran boleh dibuat di kaunter zakat MAINJ di setiap daerah, kaunter bergerak, dan kaunter UTC MAINJ (Kotaraya & Pasir Gudang).
Umat Islam di Negeri Johor digalakkan untuk menunaikan zakat fitrah lebih awal bagi memudahkan urusan dan memastikan agihan dapat dilakukan kepada golongan asnaf dengan lebih berkesan.


