Bantuan pakaian sekolah merupakan salah satu skim bantuan pelajaran yang disediakan Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada pelajar yang kurang berkemampuan di Johor.

Bagi pelaksanaan bantuan sesi 2025, pihak pentadbiran telah membuat pengemaskinian sebagaimana berikut:

Syarat dan kelayakan pelajar:

  • Warganegara Malaysia dan beragama ISLAM SAHAJA.
  • Anak kelahiran Johor atau menetap di dalam negeri Johor.
  • Pendapatan ibu bapa / penjaga tidak melebihi RM 400.00 Perkapita
    (Pendapatan isi rumah dicampur dan dibahagi kepada tanggungan termasuk ibu bapa)
  • Permohonan untuk darjah 1 hingga darjah 5 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja.
  • Permohonan adalah melalui pentadbiran sekolah sahaja.

Tarikh permohonan dan penyerahan senarai nama:

Permohonan Online : 10 Julai 2024 hingga 01 Ogos 2024
Penyerahan senarai nama pelajar (Sekolah ke MAINJ Daerah & PPD/PPID) : 04 hingga 15 Ogos 2024

Klik pautan >> Sistem permohonan Bantuan Pakaian Sekolah MAIJ