Skim Bantuan Zakat: Pendaftaran IPT(dalam Negara) Permohonon telah dibuka

Syarat dan kelayakan pelajar :-

  1. Warganegara Malaysia beragama Islam.
  2. Anak kelahiran JOHOR dan menetap di dalam Negeri JOHOR.
  3. Pemohon hendaklah 18 tahun ke atas.
  4. Mendapat surat tawaran institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  5. Pendapatan perkapita tidak melebihi RM800 setiap tanggungan termasuk ketua keluarga.

Kategori Peringkat Pengajian:-

  1. Sijil
  2. Diploma                       
  3. Ijazah Sarjana Muda

Kadar Bantuan :-

  1. Sijil (semester pertama) RM 500.00
  2. Diploma (semester pertama) RM 1,000.00
  3. Ijazah Sarjana Muda (semester pertama) RM 1,500.00

Kaedah dan proses permohonan :-

  1. Semua permohonan melalui Sistem eMAIJ (Bantuan IPT dalam negara) .
  2. Lampiran dokumen yang telah disahkan hendaklah dimuatnaik melalui sistem bersama-sama permohonan yang telah lengkap diisi.
  3. MAINJ Daerah akan membuat tapisan mengikut syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.(Termasuk lampiran dokumen yang lengkap)

Daftar dan Mohon :

https://epayment.maij.gov.my