“SAHAM WAKAF JOHOR” merupakan satu skim di mana masyarakat Islam membeli saham dengan harga RM10 seunit daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Seterusnya mewakafkan Saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat Islam.

KEMUDAHAN PEMBELIAN SAHAM WAKAF JOHOR

  • Kaunter Majlis Agama Islam Negeri Johor di semua Pejabat MAIJ Daerah yang berhampiran.
  • Kaunter bergerak Saham Wakaf Johor
  • Wang Pos
  • Melalui Online (https://www.e-wakafjohor.gov.my/)