PIAGAM: Tumpuan kepada pelanggan
Pelanggan-pelanggan maij terdiri daripada:
– Pembayar zakat dan fitrah
– Penerima zakat dan fitrah
Perkhidmatan yang diberikan oleh maij kepada pelanggan:
– Pungutan zakat dan fitrah
– Agihan zakat dan fitrah
Piagam pelanggan maij telah menetapkan agar perkara-perkara berikut dipatuhi:
- 
Mengeluarkan resit terimaan zakat dalam tempoh 10 minit setelah taksiran / jenis bayaran dibuat dan maklumat lengkap diperolehi.
- 
Mengeluarkan resit pembayaran zakat melalui pos dan kaunter bank dalam tempoh 7 hari bekerj a setelah terimaan cek / transaksi bayaran dari pihak bank.
- 
Mengeluarkan penyata pembayaran tahunan pembayaran Zakat melalui potongan gaji pada setiap awal tahun sebelum 15 februari.
- 
Menyerahkan bantuan sara hidup bulanan dan perubatan kepada penerima dalam tempoh 14 hari bekerja setelah diterima daripada Ibu Pejabat MAIJ.
- 
Mengeluarkan bantuan segera di kaunter dalam tempoh 30 minit setelah permohonan bantuan diluluskan.
- 
Memajukan permohonan yang telah lengkap ke Ibu Pejabat MAIJ dalam tempoh 30 haribekerja dari tarikh permohonan diterima.
- 
Memaklumkan keputusan permohonan bantuan dalam tempoh 14 hari selepas minit keputusan mesyuarat Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah di adakan.
- 
Membayar bil-bil dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia diterima selepas barang dibekalkan atau perkhidmatan dilaksanakan.
- 
Menyelenggara dan memperbaiki komputer dan sistem komputer serta merta selepas aduan diterima dan jenis kerosakan dikenalpasti.
- 
Meminimumkan aduan pelanggan sebanyak 10 aduan selepas aduan diterima dan jenis sebulan.
- 
Setiap aduan pelanggan yang diterima oleh MAIJ dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja.
