Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2023M/1444H

posted in: Umum | 0

Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor Bagi Tahun 2023M/1444H

RM7.00
Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang menggunakan Beras Tempatan pada harga RM 2.60 sekilogram dan ianya merupakan beras yang dimakan oleh majoriti rakyat Johor berbanding Beras Bukan Tempatan (Import).

RM13.00
Kadar ini dikenakan kepada umat Islam yang memakan beras selain daripada Beras Tempatan pada harga purata RM4.81 sekilogram seperti Beras Wangi, Beras Thai White Rice dan Beras Basmathi.