PINJAMAN PENDIDIKAN QARDUL HASAN BAGI PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN INSTITUSI PENGAJIAN DI MESIR

KURSUS : PERUBATAN / PERGIGIAN/ FARMASI

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:

1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam.

2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.

3. Lulus peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan penilaian kelayakan yang ditetapkan beserta kelayakan akademik Pra-Universiti yang sah (Asasi, Matrikulasi, STPM, atau A-Level).

4. Pelajar yang telah mendapatkan tawaran dan telah membuat pengesahan pendaftaran dengan pihak universiti.

5. Pelajar yang berada di tahun kedua pengajian dengan mendapat keputusan Tahun Pertama sekurang-kurangnya Jayyid / Good .

6. Universiti yang telah di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

7. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

CARA-CARA PERMOHONAN:

  1. Permohonan hendaklah di buat menggunakan Borang Bantuan Pelajaran yang boleh di dapati melalui pautan ini : Borang permohonan Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :
    • Sekeping gambar berukuran passport;
    • Salinan kad pengenalan pemohon;
    • Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga;
    • Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga.
    • Salinan surat tawaran pengajian universiti;
    • Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    • Salinan keputusan/ kelayakan akademik Pra-Universiti yang sah (Asasi, Matrikulasi, STPM, atau A-Level)
    • Salinan keputusan peperiksaan tahun semasa (terkini)
  3. Borang beserta lampiran sokongan yang telah lengkap boleh dihantar ke e-mel qardhassan.mainj@gmail.com .
  4. Permohonan hendaklah dihantar ke e-mel sebelum atau pada 31 Julai 2026. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh temuduga dilaksanakan, hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
  5. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Baitulmal (Unit Pinjaman Qardul Hassan) Majlis Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2222113/114 atau melalui e-mel di atas.

Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Agama Islam Negeri Johor sebelum atau pada 31 Julai 2026.