PERMOHONAN SKIM BANTUAN DERMASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR BAGI SESI 2025

(A) DERMASISWA PELAJARAN: PELAJAR DI UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

KURSUS : USULUDDIN, DAKWAH, BAHASA ARAB, SYARIAH ISLAMIAH, DIRASAT ISLAMIAH, ULUM ISLAMIAH

Syarat dan kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Anak Kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau
  3. Menetap di dalam negeri Johor sehingga kini
  4. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
  5. Lulus dalam kiraan peratus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi Ulum Islamiah.
  6. Melepasi peringkat Mutammayyiz atau telah berada dalam Tahun Satu (kuliah di Al-Azhar).
  7. Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Atase Pendidikan Johor di Mesir (wakil
    rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kerajaan Johor)
  8. Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  9. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

Keterangan : Pelajar yang memohon akan dipanggil untuk tujuan temuduga. Sekiranya layak, pelajar yang menerima dermasiswa zakat MAINJ dikehendaki menandatangani perjanjian penerimaan dan mematuhi kesemua syarat-syarat yang telah termaktub dalam perjanjian. MAINJ berhak untuk memberhentikan dermasiswa jika pelajar melanggar perjanjian.

KURSUS TAHFIZ AL QURAN DAN AL QIRAAT

Syarat dan kelayakan

  1. Warnegara Malaysia.
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau
  3. Menetap di dalam negeri Johor sehingga kini
  4. Mempunyai Diploma Tahfiz Al Quran Dan Al Qiraat daripada Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) atau Darul Quran JAKIM.
  5. Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Atase Pendidikan Johor di Mesir (wakil rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kerajaan Johor)
  6. Universiti yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  7. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

(B) DERMASISWA PELAJARAN : PELAJAR DI UNIVERSITI DI JORDAN

KURSUS : PENGAJIAN ISLAM SYARIAH, USULUDDIN,  TAHFIZ, EKONOMI ISLAM, BAHASA ARAB, USUL WA FIQH

Syarat dan kelayakan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau
  3. Menetap di dalam negeri Johor sehingga kini
  4. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5A atau lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid.
  5. Pelajar yang telah berada di tahun ketiga (3) pengajian.
  6. Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Education Malaysia Jordan melalui Badan Kebajikan Pelajar  Johor Jordan (JOJO)
  7. Universiti yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  8. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.

CARA-CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah di buat melalui https://epayment.maij.gov.my. – Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa.
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan:
    • Sekeping gambar berukuran passport.
    • Salinan kad pengenalan pelajar yang disahkan.
    • Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga yang disahkan
    • Salinan kad pengenalan/surat beranak adik beradik pelajar yang disahkan
    • Salinan Slip gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga yang disahkan
    • Salinan Surat tawaran pengajian universiti yang disahkan
    • Salinan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang disahkan & yang berkaitan
    • Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang disahkan
    • Salinan keputusan peperiksaan tahun semasa (terkini) yang disahkan
    • Salinan Sijil berhenti sekolah terakhir
    • Salinan No Akaun Bank (atas nama pemohon)
    • Pengesahan tahun pengajian oleh Atase Pelajaran Johor di Mesir atau JOJO
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh temuduga dilaksanakan, hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
  4. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Agihan Zakat (Unit Dermasiswa dan Pinjaman Pelajaran) Majlis Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2282935 07-2282999 07-2282929 07-2282937 ext 308 atau melalui email (dermasiswa1@gmail.com).

Permohonan adalah melalui :

Permohonan dibuka dari 1 Julai 2025 hingga 31 Julai 2025