PINJAMAN PENDIDIKAN QARDUL HASAN BAGI PELAJAR-PELAJAR PERUBATAN INSTITUSI PENGAJIAN DI MESIR
KURSUS : PERUBATAN / PERGIGIAN/ FARMASI
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
1. Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam negeri Johor sehingga kini atau sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
3. Lulus peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan penilaian kelayakan yang ditetapkan beserta kelayakan akademik Pra-Universiti yang sah (Asasi, Matrikulasi, STPM, atau A-Level).
4. Pelajar yang telah mendapatkan tawaran dan telah membuat pengesahan pendaftaran dengan pihak universiti.
5. Pelajar yang berada di tahun kedua pengajian dengan mendapat keputusan Tahun Pertama sekurang-kurangnya Jayyid / Good .
6. Universiti yang telah di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
7. Tidak mendapat penajaan daripada mana-mana agensi.
CARA-CARA PERMOHONAN:
- Permohonan hendaklah di buat menggunakan Borang Bantuan Pelajaran yang boleh di dapati melalui pautan ini : Borang permohonan Pinjaman Pendidikan Qardul Hassan
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :
- Sekeping gambar berukuran passport;
- Salinan kad pengenalan pemohon;
- Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga;
- Salinan slip gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga.
- Salinan surat tawaran pengajian universiti;
- Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Salinan keputusan/ kelayakan akademik Pra-Universiti yang sah (Asasi, Matrikulasi, STPM, atau A-Level)
- Salinan keputusan peperiksaan tahun semasa (terkini)
- Borang beserta lampiran sokongan yang telah lengkap boleh dihantar ke e-mel qardhassan.mainj@gmail.com .
- Permohonan hendaklah dihantar ke e-mel sebelum atau pada 31 Julai 2026. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh temuduga dilaksanakan, hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
- Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bahagian Baitulmal (Unit Pinjaman Qardul Hassan) Majlis Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2222113/114 atau melalui e-mel di atas.
Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Agama Islam Negeri Johor sebelum atau pada 31 Julai 2026.
