Menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) daerah Kota Tinggi

posted in: Umum | 0

Pagi tadi, kami mengadakan lawatan ke tiga lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Kota Tinggi untuk menyampaikan 153 kit keperluan solat dan kebersihan kepada keluarga yang di uji dengan banjir.

1. PPS SJKC New Kota: 52 kit

2. PPS SRAB Kota Tinggi: 50 kit

3. PPS SK Laksamana: 51 kit

YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi turut sama hadir menyerahkan bantuan kepada keluarga yang terjejas. Kehadiran beliau, bersama para pemimpin setempat, memberikan sokongan moral kepada mereka yang terjejas.

Hadir sama Ketua Pengawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim.

#MainjPrihatin