MAJLIS PELANCARAN BANTUAN PENDIDIKAN & PERTUKARAN MOU MAINJ – PTPTN

posted in: Bantuan | 0

Alhamdulillah, usaha berterusan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam memastikan pendidikan anak-anak asnaf sentiasa terbela.

Dari peringkat sekolah rendah hingga ke pengajian tinggi, pelbagai bentuk bantuan disedia:

📌Bantuan pakaian & yuran persekolahan

📌 Tambang penerbangan bagi pelajar luar negara

📌 Sumbangan komputer riba untuk keperluan akademik

📌 Baik pulih sekolah untuk suasana pembelajaran lebih kondusif

📌 Pembiayaan dermasiswa & pendidikan bagi pelajar cemerlang

Hari ini juga menyaksikan kerjasama strategik MAINJ & PTPTN melalui Skim Simpanan SSPN Plus, memberi manfaat kepada 341 pelajar Johor di Mesir dan Jordan, termasuk perlindungan takaful sepanjang tempoh pengajian mereka.

Majlis ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, serta Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor.

#MainjPrihatin

#terimakasihpembayarzakat