KETETAPAN KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN 1446H / 2025M

posted in: Umum, Zakat | 0

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1446H / 2025M seperti berikut:

Kadar Zakat Fitrah

1. RM 7.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras tempatan sebagai makanan harian seperti super special tempatan dan beras hancur.

2. RM 12.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras import sebagai makanan harian seperti beras putih import dari Thailand, Pakistan, dan Vietnam.

3. RM 20.00 – Bagi umat Islam yang menjadikan beras basmathi, super wangi, atau ponnies sebagai makanan harian.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Umat Islam di Johor boleh menunaikan zakat fitrah melalui tiga kaedah berikut:

1. Amil Fitrah

Bayaran secara tunai atau tanpa tunai melalui DuitNow QR Code di setiap daerah Negeri Johor.

2. Pembayaran Dalam Talian (Online)

  1. Zakat Johor Online Payment
    https://epayment.maij.gov.my/
  2. Zakat fitrah Online Fastpay
    https://fitrah.maij.gov.my/
  3. Pembayaran melalui Tulus
    https://bayarzakatjohor.com/
  4. atau Muat turun Aplikasi Tulus
    https://tulus.my/
  • Makluman:Proses bayaran bermula jam 8.00 malam 1 Ramadan 1446H sehingga
    jam 9.00 pagi 1 Syawal 1446H
  • Sistem akan ditutup setiap hari jam 11.30 malam sehingga 12.30 pagi bagi kerja penyelenggaraan sistem

3. Kaunter Zakat MAINJ

Pembayaran boleh dibuat di kaunter zakat MAINJ di setiap daerah, kaunter bergerak, dan kaunter UTC MAINJ.

Umat Islam di Negeri Johor digalakkan untuk menunaikan zakat fitrah lebih awal bagi memudahkan urusan dan memastikan agihan dapat dilakukan kepada golongan asnaf dengan lebih berkesan.