Hari ini, kami bersama YB Dato’ Aman Bin Rabu, Ahli Majlis MAINJ, turun padang melawat dua pusat dialisis — Pusat Dialisis Hariz di Adda Heights dan Pusat Dialisis Wakaf An-Nur di Pasir Gudang.
Lawatan ni diadakan untuk lihat sendiri keadaan pesakit-pesakit yang terima Bantuan Hemodialisis MAINJ, selain berbual dan dapatkan input terus dari pemilik dan pengurus pusat dialisis.
Kami hendak tahu lebih lanjut tentang pengurusan, cabaran, dan keperluan pusat-pusat ini supaya bantuan ZAKAT dapat terus disalurkan dengan lebih berkesan.
Untuk makluman, MAINJ peruntukkan RM65 juta untuk bantuan hemodialisis, dengan maksimum RM2,980 bagi setiap pesakit.
Semoga usaha ini beri manfaat kepada lebih ramai yang memerlukan, insya-Allah.
#MainjPrihatin
#mainj100tahun
#terimakasihpembayarzakat








