Tahniah

posted in: Umum | 0

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Radzi bin Haji Mohd Amin atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor mulai 16 Oktober 2025 bersamaan 24 Rabiulakhir 1447h.

Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan penuh takzim mendoakan semoga, sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang sempurna, ketenangan jiwa, kemudahan dalam setiap urusan serta kekuatan untuk melaksanakan amanah dengan penuh keikhlasan dan hikmah.

Moga setiap langkah sentiasa dipayungi kasih sayang, keberkatan dan petunjuk daripada Allah SWT jua.