Majlis Penyempurnaan Zakat Perniagaan telah berlangsung dengan melibatkan penyerahan zakat oleh empat entiti korporat iaitu:
1. Lembaga Pelabuhan Johor
2. Felda Global Ventures (FGV)
3. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
4. UEM Sunrise Berhad
Zakat diterima oleh YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran:
YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Dato’ Haji Asman Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor, Sahibus Samah YB Dato’ Haji Ahmad Faisal Mohamed, Timbalan Mufti Negeri Johor & Tuan Haji Mohd Radzi Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.
Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat-syarikat korporat dalam melaksanakan tanggungjawab zakat serta sokongan mereka terhadap agenda kebajikan, pembangunan dan pemerkasaan asnaf di Negeri Johor, selaras dengan mandat MAINJ dan aspirasi kerajaan negeri.
Terima kasih, pembayar zakat!
Anda bukan sekadar memberi, tetapi mengubah hidup, menyuburkan keberkatan, dan menyempurnakan amanah ummah.







