Majlis Perjumpaan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ

posted in: Umum | 0

Majlis Perjumpaan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Radzi bin Haji Mohd Amin

Bersama Seluruh Kakitangan MAINJ Ibu Pejabat dan Kakitangan Daerah

Majlis ini telah berlangsung di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan semua kakitangan MAINJ untuk terus fokus, bersemangat, serta bersatu hati dalam melaksanakan amanah yang dipikul, selaras dengan prinsip integriti seorang penjawat awam.

Beliau turut mengingatkan agar setiap kakitangan memberi perhatian terhadap aspek keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi musim tengkujuh yang sedang melanda Semenanjung Malaysia, termasuk negeri Johor.

Selain itu, Majlis Penjenamaan Semula Media Sosial Rasmi MAINJ turut disempurnakan.

#amazingmainj

#MainjPrihatin

#mainj100tahun