Seramai 20 orang peserta terpilih berpeluang mengikuti Kursus Asas Penjagaan Kesihatan tajaan MAINJ dengan kerjasama KPJ Healthcare College Johor Bahru.
Kursus intensif selama dua bulan ini bukan sekadar memberi pendedahan ilmu dan kemahiran dalam bidang kesihatan, malah membuka peluang kerjaya apabila peserta akan ditempatkan bekerja selepas tamat latihan.
Usaha ini mencerminkan komitmen MAINJ dalam membantu dan memperkasa anak asnaf melalui peluang latihan serta pekerjaan yang lebih terjamin dan berterusan.
#amazingmainj
#barakahzakat2025






