Penyempurnaan zakat bersempena Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Johor yang disaksikan oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Zakat diterima oleh Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
Penyerahan zakat disempurnakan oleh:
-Johor Port Berhad
Diserahkan oleh Encik Md Derick bin Basir, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port.
-Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)
Diserahkan oleh YB Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ.
-Iskandar Investment Berhad
Diserahkan oleh YBhg. Dato’ Idzham bin Mohd Hashim, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif IIB.
Semoga zakat yang ditunaikan menjadi penyuci harta, menyuburkan keberkatan dan memberi manfaat kepada golongan asnaf di Negeri Johor.
#amazingmainj
#mainjprihatin
#semarakcintaramadan2026
