Kami berkesempatan ke Kampung Mersing Kanan dan Kampung Tanjung Resang menziarahi serta bertanya khabar para asnaf di sana. Alhamdulillah, dalam kesempatan ini turut disampaikan sumbangan tunai Hari Raya bagi membantu persiapan mereka.
Sumbangan telah disampaikan oleh Amin Baitulmal MAINJ, Ustaz Mohd Shafiq Md Said bersama pimpinan setempat.
Semoga sedikit sumbangan ini dapat menceriakan para asnaf dalam menyambut Syawal yang bakal tiba.
#amazingmainj
#mainjprihatin
#semarakcintaramadan2026
